Refleksi Tugasan 1 (Media Design Critique)
Alhamdulillah, tugasan 1 untuk mengkritik rekabentuk media antaramuka web dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman yang saya alami, serta kebaikan dan keburukan laman web yang dipilih. Saya dan rakan Wan Mohd Hazani memilih untuk mengkritik laman web sebagai tugasan kami berbanding daripada perisian pembelajaran CDROM. Tujuannya supaya kami dapat menambah input dalam satu lagi subjek yang kami ambil iaitu MPT 1393 Pembangunan Multimedia Berasaskan Web.
Sudah tentu dalam menyiapkan tugasan ini, kami perlu menjelajahi banyak laman web berasaskan pendidikan untuk dipilih. Kebanyakan web pendidikan atau pembelajaran menggunakan template yang telah sedia ada seperti Blogspot, Wordpress, open source software seperti Joomla, PHP Nuke dan lain-lain lagi. Bukan tidak boleh komen, tetapi template yang disediakan tidak memberi banyak pilihan untuk pembangun mencorak rekabentuk web sendiri. Mungkin dari segi elemen multimedia yang boleh banyak dikomen.
Dengan tidak sengaja (baca sebagai sudah penat), saya dan rakan menjumpai sebuah laman web institusi pendidikan di salah sebuah negeri pantai timur. Seperti menang jackport. Nah! ini yang kami cari. Boleh berkunjung ke laman web ini sebagai rujukan http://www.smktendong.edu.my/
Bukan untuk mengaibkan, jauh sekali memperlecehkan tapi kami pilih atas dasar pembelajaran di mana terdapat banyak kesalahan yang boleh dibaiki. Andaikata salah seorang warga sekolah tersebut membaca refleksi ini, saya ampun ribuan kemaafan. Hanya mengkritik untuk tujuan ilmiah sahaja.
Terdapat banyak kesalahan dalam prinsip rekabentuk media. Semuanya telah diulas lebih lanjut dalam analisis laporan kami. Untuk baca boleh klik pada link dibawah.

Kami juga telah mencadangkan rekabentuk baru untuk laman web sekolah ini. Rekabentuk ini memenuhi prinsip rekabentuk media web masa kini. Antara kekuatan rekabentuk kami adalah:
1. Tema/Konsep - masih mengekalkan konsep hijau seperti pilihan tema sekolah yang asal.
2. Tipografi - menggunakan font san serif jenis typeface Arial Narrow. Saiz pula di antara 10-14 point bagi menunjukkan perbezaan tajuk dan teks.
3. Warna - penggunaan warna hijau memberi kontras kepada warna putih dan kuning sahaja. Warna selain ini susah untuk dibaca.
4. Multimedia - kami menggunakan image slider berbanding imej statik. Elemen seperti audio, video dan animasi boleh diletakkan pada submenu yang betul.
5. Navigasi - kami memilih navigasi indeks untuk paparan utama. Ini memudahkan pengunjung mencapai apa yang dicari dengan lebih cepat.
6. Lain-lain - enjin carian diletakkan untuk carian pantas arkib berita. Pada submenu, setiap kandungan diseragamkan susun aturnya untuk menampakkan konsistensi dalam laman web.

Mungkin keburukan yang diperolehi dalam rekabentuk media kami ini
1. Sudah pasti memerlukan kemahiran yang tinggi dalam membangunkan web ini.
2. Jika tiada guru yang mahir, pihak sekolah boleh upah pada pembangun luar untuk membinanya. Namun dari segi kos sudah tentu agak tinggi.
3. Guru yang pakar dalam pembangunan web amat perlu sebagai pentadbir web.
4. Tidak semua orang suka hijau...jadi kami tidak membenar pengunjung menukar warna tema mereka.
Apa yang saya pelajari dalam tugasan ini, tidak mudah untuk mereka bentuk sebuah laman web. Banyak perkara perlu diambil kira untuk membinanya. Tambahan lagi bagi sebuah web pembelajaran. Segala kaedah, teori dan kerangka perlu diambil berat supaya web tersebut betul-betul memberi manfaat kepada penggunanya. Jangan kita mereka web dengan syok sendiri sahaja, tetapi 'hancur di mata orang lain. Jadikan usaha kita ini amat berbaloi dengan kepayahan dan kesusahan kita mereka bentuk dan seterusnya membina laman web ini.
Hasil refleksi,
Azizul Aqmar Mohd Razali
MP121106